Masa depan bermula dari semalam.....Mungkinkah kejayaan akan berulang? atau kejayaan belum lagi kesampaian....Cita-cita tetap cita-cita, walaupun setinggi langit sekalipun.Biar hidup dengan cita-cita dari hidup tanpa makna. LIHATLAH KEHADAPAN...tapi jangan lupa mendongak kebelakang, kerana mungkin dibelakang ada yang memerlukan. Kerana tiada makna Maju kehadapan, kalau ternyata dihadapan kita memerlukan bantuan.

Saturday, February 14, 2009

SI TANGGANG / MALIN KUNDANG




NASIB SI ANAK DERHAKA....


Si Tanggang (atau dieja "Si Tenggang") ialah sebuah cerita dongeng masyarakat Melayu yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Si Tanggang yang menderhakai ibunya, dan akhirnya bertukar menjadi batu kerana disumpah oleh si ibu dengan makbul Tuhan.
Ia digunakan dalam buku teks sekitar 1960-an berdasarkan karya Abdul Samad Ahmad 1955. Dongeng ini dikenali juga dengan beberapa nama lain, antaranya Malin Kundang atau Malim Kundang (Minangkabau) dan Nakhoda Manis (Brunei). Masing-masing merupakan versi yang sedikit berbeza, tetapi memiliki isi cerita yang sama.
Si Tanggang merupakan antara dongeng yang paling popular dalam kalangan orang Melayu. Ia diceritakan melalui lisan secara turun-temurun. Kanak-kanak akan didedahkan dengan cerita ini. Ini kerana dongeng ini mengandungi pengajaran penting yang merupakan salah satu pantang larang dalam adat Melayu: jangan derhaka kepada orang tua. Pengajaran ini juga selaras dengan ajaran Islam yang menghormati kedudukan ibu bapa. Kanak-kanak yang tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si Tanggang" untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut.
Beberapa tempat di Kepulauan Melayu dikaitkan dengan dongeng Si Tanggang. Antaranya ialah Jong Batu di Brunei, Batu Caves di Malaysia, dan Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera Barat. Tempat-tempat ini, menurut kepercayaan masyarakat setempat, mengandungi bekas sejarah Si Tenggang menjadi batu

Sempat penulis di waktu belajar dulu menyelusuri kisah dongeng ini...PANTAI AIR MANIS,PADANG..SUMATERA BARAT..

Bagi masyarakat disitu, Batu Malin Kundang adalah sebuah batu yang menyerupai manusia yang sujud di tanah di tepi Pantai. Menurut masyarakat sekitar, batu tersebut diyakini sebagai Malin Kundang yang telah dikutuk oleh ibunya untuk menjadi batu karena bersikap durhaka.

Peristiwa Malim Kundang ini sebenarnya banyak memberi kesan kepada diri manusia.Dari kisah tersebut dapat dijadikan teladan agar jangan menderhaka kepada Ibu Bapa kita. Memang betul "syurga itu dibawah telapak kaki ibu". Terpulang kepada individu samada mahu mempercayainya atau tidak kebenaran kisah peristiwa ini, yang penting sekali ialah peristiwa ini menunjukkan kepada kita betapa kekuasaan Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa dan mampu melakukan apa saja atas kehendakNya. Kesan-kesan atas kejadian ini dapat kita lihat sendiri malah batu berupa bahtera/kapal serta kelengkapan kapal seperti tali,tong air dan diri Malim Kundang sendiri boleh dilihat dengan jelas di pinggir pantai ini.

3 comments:

  1. hmmmm....kesah ank derhaka ni best gk dgr...
    perlu bnyk ditontonkan di tv ke ceramah2 ke...
    sbb ia mmg berkait dgn kehidpn seharian kt...
    yelah..sume org tau kn...kl kt derhaka kpd ke2 ibubapa kt hidu kt xkn diberkati Allah n hidup kt pasti xkn slmt...
    hmm...kl nk dikira azb..xyh tnggu kat akhirat la..kt dunia psti da kena...Allah tu maha adil lg saksama...
    lgpn dlm al-quran pn da sebut hal ni...
    jd kl kt bepegang pd alquran dan hadis pasti hidup kt akn selmat dan dirahmati oleh Allah...
    kt sebagai ank wajib menghormati dan memuliakan kedua ibubapa kt..
    diorg juga adalah amanah kt..yg perlu kt jg hingga khir hyt kt...n sayangila mereka sebagaimana mereka menyayangi kt dari kecil hinggala dewasa..sesungguhnya tanpa mereka tiadalah kt di dunia ini...
    malah kata org..kt akan merasa naluri hati seorg ibu /bapa sehinggala kt menjadi title itu suatu hr nnt...jd sy mengingtkan diri sy n kwn2 smg kt sume akn jg mereka hngga akhr hyt mereka..n kt mendoakan kesejahteraan mereka d dunia n akhirat..amin....
    i luv my mom n dad...tq very much

    ReplyDelete
  2. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/mana-lebih-penting-kecantikan-fisik.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/kisah-pria-dengan-kanker-penis-ini.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/insiden-tembalkan-dan-ledakan-terjadi.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete
  3. Cool and that i have a dandy supply: What House Renovations Can You Claim On Tax house renovation exterior

    ReplyDelete